Tuesday, September 7, 2010

Syawal Dulu



Dia datang lagi....
Masuk tahun ketiga sudah beraya di States, masok tahun ketiga jugaklah mengidam smayang raya kat malaysia, lemang bakar, lontong, rendang, ketupat etc.

Dulu-dulu malam raya sibuk dengan pelita, mercun pom pam pom, sibuk orang kat dapur masak, gigih gosok baju melayu.

Dulu-dulu pagi raya siap2 mandi sunat nak pergi smayang raya, dengan bersampingnya walaupun kat surau kampung, nak tarik syahdu di pagi raya punya pasal.

Dulu-dulu raya siap2 nak pergi kubur, kalau kampung tu siap naik bot nak ke kubur seberang, dengan budak2 kampung mana datang sekali, dengan muka harapan menunggu duit raya.

Dulu-dulu raya dekat 20 rumah wajib melawat, kira-kira 20 pinggan jugak wajib kena habiskan. Dengan nasi sup tulang petai jeruk kat kampung memang sempoi, nasi minyaknya lagi.

Raya hari kemenangan, hari meraikan, anda rasa anda sudah menang? apa anda yang anda raikan? =)

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Monday, August 30, 2010

Wednesday, August 18, 2010

Sepi


"Bukan empat kisah cinta satu cerita"

Bila dah seorang tu biasalah sepi. Ada tak dihargai, salah sana sini, diri belum ready n steady, sorry.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan

Ya sudah sampai bulan Ramadhan, kejap sungguh dia mengejar kita, puasa lepas pon belum habis diganti haha. Apa-apa pun, selamat menjalani ibadah puasa, bagi yang dah biasa puasa sunat mungkin xmenjadi benda baru, tetapi yang culture shock di luar sana, biasa2kan perut, dan jaga nafsu juga. Banyak2kan ibadat sunat seperti banyaknya juadah anda ketika berbuka.

List Rindu

Tarawih dekat masjid
Buka di rumah
Bazaar ramadhan
Dengar iklan minyak masak cap buruh umum bukak puasa
Iklan2 buka puasa di malaysia

Wednesday, August 4, 2010

This is awesome

When I was “CLEANING OUT MY CLOSET”, I found an old CD of Eminem aka “THE REAL SLIM SHADY”. I started listening to it and “SANG FOR THE MOMENT”. I have always been a “STAN” of Eminem and WITHOUT HIM(ME) I think I might LOSE MYSELF(YOURSELF). And, “TILL I COLLAPSE” I want to fly like a “MOCKING BIRD” or even better as “SUPERMAN, because “WHEN IM GONE” I want to let everyone know that my life was “BEAUTIFUL”. I am “NOT AFRAID” to hit “ROCK BOTTOM” because I was born “LIKE A TOY SOLIDER”. -DSINGH

Monday, August 2, 2010

Rindu

Sedar tak sedar da lama rupanya, tiba-tiba malam ni rindu.
Mungkin makcik aku ingatkan pasal zaman kecik2 dulu suka main perang2, tiba2 rindu dia.
Haha memang aku suka main perang2 dulu, jadi askar, kadang2 pahlawan berpedang, nyorok bawah meja. Zaman gembira2 dulu xpikir masalah.
Ingat dulu-dulu, rindu pulak tengok senyuman dia. Senyum saja dia, walaupun dalam hati siapa tahu, sunyi, penat mungkin. Tapi senyuman selalu ada.
Ingat dulu-dulu, rindu nasihat dan bebelan dia. Memang banyak bercerita, sayang agaknya, dalam hati hanya niat menjaga.
Ingat dulu-dulu, rindu masakan dia. Hehe paling sedap. Sambal tempe(Makanan jawa) memang nombor satu, lontongnya, kuih2, memang sedap belaka.
Apa dia buat di sana hehe, harap2 bahagia. Orang di sini rindu da.
Kalau tak, boleh call mengadu kan hehe, rindu nak kena tegur2, kasih sayang dia.
Dia suka jugak citer hindustan hehe.
Biar along tengokkan video lagu hindustan ni nek.

Saturday, July 31, 2010

Api

Ada orang suka main masak2, ada suka main pondok2, tapi aku suka api. Haha ya api. Tak tahu la apa yang special pasal api ni, tapi dia buat aku chill2 je. Tak kira lar unggun api, api pelita, bunga api tetapi tidak sekali2 api neraka ya, jauhkan hambamu ini.

Aku boleh lepak berjam2 depan unggun api ni, tambah2 kayu, tiup2 sikit, lagi2 kalau ada orang teman cerita hantu dan bakar marshmallow, memang naik.

Aku pon suka bakar2, bakar ayam, daging, tapi tidak pernah la membakar harta benda orang setakat ni. Kalau time winter tu slumber bbq, sejuk2 kan baru lar stim sikit kalau bbq.