Saturday, July 31, 2010

Api

Ada orang suka main masak2, ada suka main pondok2, tapi aku suka api. Haha ya api. Tak tahu la apa yang special pasal api ni, tapi dia buat aku chill2 je. Tak kira lar unggun api, api pelita, bunga api tetapi tidak sekali2 api neraka ya, jauhkan hambamu ini.

Aku boleh lepak berjam2 depan unggun api ni, tambah2 kayu, tiup2 sikit, lagi2 kalau ada orang teman cerita hantu dan bakar marshmallow, memang naik.

Aku pon suka bakar2, bakar ayam, daging, tapi tidak pernah la membakar harta benda orang setakat ni. Kalau time winter tu slumber bbq, sejuk2 kan baru lar stim sikit kalau bbq.




Nidji - Dosakah aku [ Finally, Live Version ]

Friday, July 30, 2010

Bola itu bulat, Hati siapa yang tahu

Ini diambil dari orang, Indon barangkali, mintak izin ya pak buk, kalau marah aku buangin ya.

12 tanda jatuh cinta

(12) ketika kamu telepon dia di malam hari dan kemudian dia menutupnya, kamu masih terus saja merindukannya.
(11) kamu berjalan sangat pelan ketika sedang bersama dia
(10) kamu jadi salah tingkah ketika dia ada di sekitar kamu
(9) kamu selalu tersenyum manis saat sedang mendengarkan suaranya
(8) ketika kamu sedang menatap dia, kamu tidak akan memperhatikan semua yang ada di sekitar kamu. Yang kamu lihat hanyalah dia
(6) yang kamu pikirkan sekarang hanyalah dia seorang
(5) kamu selalu tersenyum saat melihat dia
(4) kamu akan melakukan apapun untuk dia, walaupun hanya untuk melihatnya sebentar
(3) ketika kamu sedang membaca tulisan ini yang ada di pikiran kamu hanyalah dia seorang
(2) kamu terlalu sibuk memikirkan dia, sampai-sampai kamu tidak menyadari bahwa nombor 7 itu tidak ada
(1) kamu kemudian mengecheck lagi tulisan di atas, dan sekarang tersnyum ya.

Thursday, July 29, 2010

Am7 Em Elodi

Musik itu kena ada liriknya, ada harmoninya, dan juga melodi.

Musik untuk filem, seperti tulang belakang. Sesebuah filem yang tidak diiringi musik pasti hambar. Adegan Jack dan Rose di atas Titanic perlu ada musiknya.

Musik untuk tidur. Orang sana kata lullaby. Ada suka dengar melodinya sahaja, ada yang kekasih bermain gitar untuknya.

Musik di kala sedih. Ini pon mesti ada, buat-buat naik semangat mahu sedih lebih lagi, kononnya.

Musik untuk pendapatan. Ada juga hasilkan wang dengan musik, menyanyi, menghasilkan lagu barangkali dan lain.

Musik untuk menari. Shuffle pon perlu music, ini pula ballad, tango, waka-waka dance dan lainnya. Mereka mesti diiringi musik.

Musik untuk popular. Macam Justin Bieber. Ada duit, promosi sikit, tarakhal, suara sedap tidak sedap, tetap musik.

Yang penting musik tak kenal rupa. First impression macama biasa, besar sikit, hidung lari sikit, tapi kalau suara ada, tarakhal. Musik tak kenal rupa.


Monday, July 26, 2010

Cubaan Masak

Ayam Lemak Asam Pedas. Memang naik.



Beberapa ketul ayam
4 biji bawang merah dipotong
3 biji bawang putih diketok
1 btg serai, atau separuh jika berjimat
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
Sedikit cili kering yg diblend
Secawan besar air kosong
garam dan gula (ikut rasa)
Kentang dipotong kotak
minyak masak
sedikit belacan jika makan belacan
Serbuk Kari India (Sedikit)
Santan

Bahan-bahan berikut perlu bagi menyedap rasa, tapi stock rumah tarak.

Kunyit
daun kesum
bunga kantan

Cara-cara menyediakannya.

Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk, masokkan cili kering blended, bawang merah, bawang putih, dan belacan. Tumiskan mereka sampai bau naik.
Kemudian masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
Kemudian masukkan santan, kentang kotak, kacau dan masukkan air. Biarkan mendidih.
Masukkan ayam, garam dan gula. Biar hingga masak ayam dan boleh lah dimakan.

Masakan ini sesuai dimakan bersama nasi putih sambil tengok cerita seram.

Sunday, July 25, 2010

Coke atau Pepsi?

Haha gelak jap excuse me. Smart iklan ni




Dua jenama besar, harga yang hampir sama, warna kulit tidak jauh berbeza, kedua-duanya sama glamour, boleh didapati di mana jua, tin dan botol juga mereka bersama, tetapi hanya rasa memisahkan mereka.

Kenapa awak pilih coke? sedap jawab mereka, kenapa awak pilih pepsi? zero calorie pula kata di sana. Rasa menjadi perkara utama, biru dan merah hanyalah warna dan kita pengguna, bijak, membuat keputusan mengikut hati dan cita rasa.

Di sini bertudung biru, sana pula rambut dihighlight merah, adakah mata pula menjadi hakim dan naik ke petak pertama?

Anda coke atau pepsi?

Saturday, July 24, 2010

Kisah Pemusik

Suatu hari, lima orang pemusik pergi berjamming di garage kepunyaan senior mereka.

Sang vocalist pon berkata "ok hari ni kita akan jamming lagu melayu, lagu perpisahan dari anuar zain.

Dengan muka bengang, sang drummer bersuara, "Kalau main lagu anuar zain, aku nak rolling ketuk2 apa? lagu jiwang sial".

Sang vocalist dengan tidak puas hati membalas, "Kau banyak bunyi kenapa, aku yang menyanyi, aku paling penting korang semua ikot ja."

Sambil tengah tuning gitar, sang bassist bangkit bersuara, "Banyak lar kau paling penting, kalau aku tak main bass ni, xperfect lar lagu anuar zain kau tu."

"Petuihh!" bunyi ludah kedengaran. Rupanya sang lead guitarist panas, beliau pula bersuara, "Kalau aku tak main gitar ni, hilang lar penting kau tu bassist, bunyi kosong!, xpayah nak bising2"

Sambil bertengkar2, Sang keyboardist berjalan keluar kerna tidak mahu masok campor. "Woi2 kau nak pergi mana, sapa nak main keyboard ni nanti?" teriak sang vocalist kembali.

"Hah tahu pon, ingat korang je penting tadi, aku pon nak blah la." kata sang keyboardist dengan muka emo beliau.

Untuk nak tenangkan keadaan, sang drummer yang baik, boleh tahan bergayanya, cool, cuba memujuk rakan-rakan beliau. "Ok2, aku setuju la yang semua penting, xde vocalist xde suara, xde guitar xde la melodi, semua penting ok?"

Sambil mengenggam mic yang sudah sedia patah, sang vocalist meninggikan suara, "Ahh xde2, dalam semua band vocalist dia paling penting, paling famous, apa salahnya anuar zain ni, layan je."

Sang keyboardist yang tenang tadi mula emo dan tinggikan suara, bassist xnak kalah juga dan defend gitar dia sambil tuning, gaduh2 mereka dalam 5 minit.

Kemudian pintu garage dibuka dan tuan rumah masok dengan tenang. "Korang memekak apa dalam garage aku ni, bising2 sampai dalam aku dengar.", kata tuan rumah dengan muka slumber beliau. "Kalau nak memekak korang boleh blah."

Sang vocalist yang sememangnya banyak suara mula bersuara, "bukan apa bang, tadi diorang ni...", "hah dah2 xyah nak banyak bunyi lagi, sekarang korang semua blah, memekak je aku nak rehat pon xboleh", kata tuan rumah yang agak panas tersebut.

Maka kelima2 pemusik tersebut pon keluar membawa kepentingan masing.

Tuan rumah tutup garage dan bermonolog dalam hati, "penting xpenting, ini rumah aku, jangan nak berlagak tinggi mcam diorang yang punya, penumpang je tapi berlagak."

Ye mereka, kita, hanya penumpang. Kadang2 terlupa naik kepala..

Kentut


Definisi : Kentut merupakan situasi di mana dengan sengaja atau tidak sengajanya seseorang itu melepaskan gas yang kita sendiri pasti tahu dari mana keluarnya.

Tafsiran lain : Ada yang mengketegorikannya sebagai suatu bentuk kesalahan di sisi etika sekiranya tidak dapat dikawal, ada mengketegorikannya sebagai satu bentuk pencemaran di mana gas tersebut telah mencabuli linkungan pernafasan seseorang dan etc.

Kandungan : Nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen dan juga makanan seperti petai, telur scramble, telur goreng, telur rebus dan lain-lain.

Lokasi kejadian:
Cinta mengenal paras rupa, tapi kentut tidak, malah tidak mengenal lansung lokasi dia dilepaskan. Boleh sahaja berlaku di dalam kelas, di dalam panggung, di kantin malah di dalam bas yang sarat dengan penumpang.

Personaliti:

1. Kuat dan Berbau


Yang seperti ini memang lantang bersuara, yakin dengan diri sendiri, tidak peduli pandangan orang lain, merasakan dirinya betul, dan kadang-kadang mengulang dua tiga kali idea yang dirasakannya betul itu. Hakikatnya ramai yang di sekeliling tahu, hanya gah dengan bunyi, tetapi realiti hanya menyeksakan orang lain dan busuk sama sekali.

2. Perlahan dan lebih berbau.

Yang ini lebih bahaya, silent killer bak kata mereka di sana. Sedar tidak sedar, pengaruh dan aromanya telah meresapi diri seseorang yang lain. Kita tidak perasan, malah mungkin bergelak tawa sehingga kesan itu sampai di muka, atau batang hidung kita sendiri di akhirnya.

3. Perlahan dan tidak berbau.

Yang ini mungkin selalu berlaku, tapi hanya kita sendiri yang tahu. Senyum2 barang kali dan menggangap tiada apa yang berlaku. Dan di akhirnya ya memang tiada yang tahu, kerana kita takut bersuara,takut mencuba, takut barangkali orang tidak suka idea dan aromanya. Maka teruskanlah senyuman seorang diri.

4. Kuat dan tidak berbau.

Yang mungkin akan dipandang sinis oleh seseorang, dicerca, tetapi apalah salahnya jika kita jujur dengan mereka. Hanya meluah apa di dada, di bahagaian lain juga. Berani kerana benar, mengeluarkan apa yang wajar, dan barangkali orang tidak mengelar kerana realitinya mungkin kuat, tetapi tidak berbau.


Kenalilah kentut kita, kerna mungkin ia lebih dari sekadar pemutus ikatan sesuatu persahabatan.

Wednesday, July 21, 2010

Lirik Mereka, Kita Merasa

dosakah aku mencintaimu...
mendampingimu...inginkanmu...

aku manjadi...diri sendiri...
tak peduli...apa kata dunia...
ku nanti hari ketika...
cinta datang...cinta menang...

jadi sayangku...bertahanlah...
bila terkadang mulutnya kejam...

peluklah aku...jangan menyerah...
mereka bukan hakim kita...

bintang yang mempertemukan kita...
cinta yang mempertahankan kita...
ooh...tuhan dengarkan doa...
dari cinta yang terlarang...

rasa yang mempersatukan kita...
cinta yang mempertahan kita...
ooh...tuhan dengarkan doa...
dari cinta yang terlarang...

cinta dan rasa bersatu di doa...
berharap cinta kita yang terlarang...
berharap cinta kita yang kan menang...

Nidji - Dosakah Aku

Monday, July 19, 2010

Hidup Macam Sambal Belacan

Nak berjaya bukan senang, busuk semua kena tempuhi dan di akhirnya baru merasa sedapnya.

Sambal belacan pon macam tu jugak. Aku orang kuantan so memang makan sambal belacan. Pergh satu rumah bau belacan bila tengah buat tu.Aku buat manual jek tengok resepi kat mymesra.net tu kot. Tumbuk guna lesung batu, letak cili air asam jawa yang bila punya expired pon aku xtahu, belasah je.

Bau dia baik punya lekat, aku da basuh pon xhilang lagi. Habis laptop and mr.martins bau belacan. Apa-apa pon memang layan, nak2 makan dekat states ni, memang naik dan rasa malaysia.


Bukan gambar sebenar

Thursday, July 15, 2010

Shhh



Ada orang kata, cinta dan dicintai ibarat merasa mentari dari kedua timur dan barat.

Itu kata orang.

Ada yang tak bisa bercinta, kerana percaya cinta itu dusta, ada yang cinta tapi tidak dicintai, kerana cinta tidak pernah menjamin beli satu dapatnya dua. Ada juga diri dicintai tetapi pegangan diri menolaknya tepi.

DEWA kata "Aku Cinta Kau dan Dia", tetapi Cinta hanya perlu dua, seperti sepasang mata, seperti telinga mendengar dari keduanya, seperti kaki sentiasa langkah bersama.

Tetapi mengapa hanya sekeping hati yang kita punya?

Kerana pasangannya perlu kita jumpa.

Jangan bercinta seperti bunga, mekar dan mati musim silih berganti, jangan bercinta seperti api, kecil gembira besar runsing bahangnya.

Bercinta seperti angin, dingin sepoi-sepoi bahasa,seperti sungai terus mengalir selamanya.

Tetapi bercinta tidak mudah, merasa dengan hati perlu, bukan hanya melontar guna lidah. Bercinta tidak selalu indah, gelak tawa itu mesti, dugaan datang jangan diendah. Kerna bukanlah laut kalau tidak berombak.

Ini pula hanya kata dari dia, mungkin berbeza mengikut jiwa.

Aku ingin memahami kau

Banyak jugak sebenarnya benda2 pelik aku tak paham.

Contohnya cucur. Cucur adalah spesies kuih yang dibuat dari tepung. Selalu kita makan cucur bawang yang ada bawang, cucur ikan bilis yang ada ikan bilis, dan cucur badak yang mungkin juga ada badak.

Bila demam, pening, selesema ke kita beli ubat untuk sihat balik. Bila nak halau lipas dan nyamuk kita beli jugak ubat untuk mereka supaya nyamuk dan lipas berhutang budi barangkali dan keluar membawa diri.Tapi kepada tikus racun pula dibagi, dunia tidak adil bagi mereka.

Dalam movie orang dikejar penjahat pastu masuk lift, semangat lar dia tekang butang lift tu banyak2 kali. Mungkin lar pintu akan terbukak lebih cepat barangkali.

Bahasa kelantan memang seronok belajar, suka aku dengar orang cakap. Abang aku tahu abe, makan jadi make, ikan jadi ike dan pelam jadi pauh.

Ini pasal branding dan aku pasti orang semua pon dah selalu dengar. Saje nak bagi entry ni nampak panjang sikit.

A. Tolong belikan colgate? B. Brand apa? A. Codomo Lion
A. Beli lar megi skali boleh? B. Ruski ok? A. Ruski tomyam

Banyak lagi brand lain macam pampers instead of diapers, eye mo instead of ubat menghilangkan pedih dan kegatalan mata dan lain2.


Tuesday, July 13, 2010

Paul SiSotong

World Cup 2010 baru pon habis dan Spain dengan jayanya menjadi juara dan dengan jayanya jugaklah team fav aku (Netherlands) kalah kat final. Antara benda paling popular dekat world cup tahun ini adalah Paul Si sotong. Sibuk dia meramal sambil makan untuk germany sampailah germany dia sendiri kalah dekat semi.

Adalah aku tengok dua tiga video paul ni, dan aku perasaanlah ada dua tiga patterns atau persamaan dalam hampir semua ramalan dia.

No.1 kalau korang pon perasan team yang paul ni pilih mesti sebelah kanan, dekat dengan dua biji bola dalam aquarium tu. Dia pon suka bola la kot, kaler cerah2 semacam je belah kanan.









Pada pendapat aku yang tidak berasaskan apa2 ni, aku rasa owner dia ada buat meeting ni dengan chef2 kat kedai tu dan pilih siap2 team mana yang menang dengan bantuan pro, lepas tu team pilihan diletaklah kat sebelah kanan. Tapi itu aku rasa2 guna lidah jela.

No. 2 pulak member aku yang usulkan. Menurut beliau paul ni memang suka kaler2 yang cerah. Macam kita candat sotong kat terengganu tu, guna lampu, lebih kurang gitu lar. Paul ni pon spesies sotong so dia suka kaler2 menarik.(Germany Spain dia sukalah Spain), (Germany Argentina dia suka germany pulak), mcam tu lebih kurang.Yang penting kita janganlah berotak sotong.

Apa2 pun aku dengar paul nak retired dah, so kita tunggu binatang apa pulak Euro 2012 nanti. Kerbau barangkali

Monday, July 12, 2010

Pak Li yang Innocent

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur dan innocent itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya. Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku..bila aku kata'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

p/s jangan jatuhkan bini atau laki korang ke dalam tasik, ini hanya cerita rekaan saje.best shit jadi pak li

Pilih teman ni hidup bukan macam pilih ikan

Tapi kalau wanita diumpamakan ikan,
kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?

IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan pon enak dimakan
Tapi sayangnya mahal sikit, tapi soalnya masih boleh diimport.Sesuai, ada nilai, ada kualiti....
INI WANITA BERKERJAYA NI.....

IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.....
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya....
INI ARTIS, CELEB NI...

IKAN EMAS
ini jenis ikan lumayan, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....
INI BINI ORANG.......

IKAN BANDARAYA
Jenis ini pembersih dan selalu menempel di kaca aquarium.
Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......

IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN........

IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu....
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....
INI ANDA PIKIR SENDIRI...

Karangan Lama

"Ini cucu saya ni, belajar pandai,dapat 9As dalam PMR" walaupun hanya 8 As sebenarnya. Itulah nenekku, suka melebih2kan apa yang sikit.Bangga agaknya
dengan anak2 dan cucu2nya.Robiah Bai nama diberi, seorang wanita yang kuat dan tabah.
Gigih membesarkan anak2 beliau hingga berjaya semuanya dan menjadi orang yang baik2 alhamdulillah.Beliau menjagaku dari kecik dan antara orang yang paling rapat denganku. Masih aku ingat ketika berada di bangku tadika, beliau sentiasa menunggguku pulang.Dari jauh sudah kelihatan kelibat wanita tua menunggu di tepi jalan. "Along!, kenapa kotor sangat baju ni? sudah jom balik makan. Hari ni nenek masak sedap, kari along." memang sedap masakan nenekku ni.Kemudian di sekolah
rendah, selalu dibawaku ke pasar. Ketika embun mula merebahkan diri, ketika ramai masih dibuai mimpi, nenekku sudah bangun memulakan kerjanya.sebelum subuh sudah bangun dia membuat kuih untuk dijual di pasar. Senang cerita memang sedap semua masakan nenekku ni. "Along jangan makan inti kelapa tu banyak sangat, nenek nak jual apa nanti?" memang itu lar kerjaku setiap kali menemani beliau
membuat kuih. Dari kecil sampai besar banyak sungguh telah aku lalui bersama beliau.Sudah masak sangat dengan kekecohan mulut nenek Robiah ni hehe. Antara
orang yang boleh tahan kritikan berbentuk nasihatnya adalah makcik aku, Anita. Macam buku bertemu ruas. memang kelaka tengok mereka berdebat di rumah.
aku juga tidak lari dari kritikan2 membina beliau,"Along belajar dulu jangan cari girlfriend, Along bila nak gunting rambut ni?, Kenapa cucu nenek ni
makin kurus, makin hitam?, Jangan bgaul dengan orang jahat2 along, dan the list goes on..suatu hari, nenekku terlantar sakit di hospital. Selalu juga aku dan keluarga pergi melawatnya, bibirnya yang sentiasa terukir dengan senyuman dan mulut yang
masih aktif membuatkan ramai orang gembira dan hilang niat untuk berdrama2 air mata di hospital. Memang kuat nenekku ni, tidak pernah mengeluh
hidupnya susah dan bergantung pada orang lain.Makcikku antara orang yang paling rapat dan tiap2 hari pergi menjaga beliau. Tiba harinya aku pergi
melanjutkan pelajaran ke seberang lautan, jauh pergi meninggalkan keluarga, meninggalkan nenek yang masih sakit.Pergilah aku ke hospital buat kali terakhir untuk
berjumpa nenek, meminta restu, meminta berkat, halalkan makan minom, ampunkan silap salah. Duduk aku di sebelah katil dan nenekku baring tersenyum di sebelah."Cucu saya ni nak belajar ke America" sempat lagi dia cakap kat orang sebelah. Aku peluk erat nenekku, "Ampunkan dosa along nek, halalkan mkan minom along, tunggu along habis belajar ok?"...Nenek pelok erat tubuhku, " da tak sempat jumpa da lepas ni along, tapi nenek sentiasa doakan kejayaan along di dunia dan akhirat"..nak keluar
je air mata ni bila aku dengar kata2 tersebut. Aku cium kedua2 pipi dan tangannya sebelom aku pergi,pergi jauh dari nenek.Menangis kenalan2 yang berada di situ dan suruh aku banyak bersabar. Kita ni nak belajar memang banyak dugaannya, da ini adalah terbesar bagi aku. Kini sudah dua bulan aku di America, semuanya baik2 saja. kadang2 kol rumah untuk melepas rindu sama keluarga. Tarikh keramat tepat pada jam 4 pm di Indiana, Us, aku menerima satu panggilan telefon. "Along, nenek sudah takde". satu berita yang aku memang tak mahu terima sepanjang 4 tahon ak di US. Tetapi ajal maut di tangan tuhan, sedih memang sedih dan termenung juga aku malam tu teringat akan nenek yang paling aku sayang dalam hidop ni. Macam2 bermain dalam pikiran aku, "macam mana ni, apa nak buat, aku da tak dapat jumpa nenek minta ampun dan halalkan makan minom, ingin sangat aku cium kedua pipinya dan ucapkan terima kasih". Besar sangat pengorbanan nenekku, wanita tunggal mmbesarkan anak2 dan cucunya. Dan paling aku terkilan, tak dapat usung jenazah nenek ke liang lahat memandangkan aku sorang saje cucu lelaki
yang ada."Nenek, along mintak maaf banyak2 dan harap nenek berbahagia di samping orang beriman, along redha dengan kehendakNya Yang Maha Esa.Semoga aman di sana, amin.Sayangilah mereka yang menyayangi kita, Al-Fatihah nenek.

Cubaan Nampak Kemas

Ini blog kedua aku, sudah lama sebenarnya ada tapi buat tempat letak video jek. Memandangkan blog pertama aku dah macam Walmart macam2 ada sana, aku nak disiplin sikit lar dekat blog kedua ni. Kasik nampak teratur macam bilik aku sendiri.