Saturday, July 31, 2010

Api

Ada orang suka main masak2, ada suka main pondok2, tapi aku suka api. Haha ya api. Tak tahu la apa yang special pasal api ni, tapi dia buat aku chill2 je. Tak kira lar unggun api, api pelita, bunga api tetapi tidak sekali2 api neraka ya, jauhkan hambamu ini.

Aku boleh lepak berjam2 depan unggun api ni, tambah2 kayu, tiup2 sikit, lagi2 kalau ada orang teman cerita hantu dan bakar marshmallow, memang naik.

Aku pon suka bakar2, bakar ayam, daging, tapi tidak pernah la membakar harta benda orang setakat ni. Kalau time winter tu slumber bbq, sejuk2 kan baru lar stim sikit kalau bbq.




Nidji - Dosakah aku [ Finally, Live Version ]

Friday, July 30, 2010

Bola itu bulat, Hati siapa yang tahu

Ini diambil dari orang, Indon barangkali, mintak izin ya pak buk, kalau marah aku buangin ya.

12 tanda jatuh cinta

(12) ketika kamu telepon dia di malam hari dan kemudian dia menutupnya, kamu masih terus saja merindukannya.
(11) kamu berjalan sangat pelan ketika sedang bersama dia
(10) kamu jadi salah tingkah ketika dia ada di sekitar kamu
(9) kamu selalu tersenyum manis saat sedang mendengarkan suaranya
(8) ketika kamu sedang menatap dia, kamu tidak akan memperhatikan semua yang ada di sekitar kamu. Yang kamu lihat hanyalah dia
(6) yang kamu pikirkan sekarang hanyalah dia seorang
(5) kamu selalu tersenyum saat melihat dia
(4) kamu akan melakukan apapun untuk dia, walaupun hanya untuk melihatnya sebentar
(3) ketika kamu sedang membaca tulisan ini yang ada di pikiran kamu hanyalah dia seorang
(2) kamu terlalu sibuk memikirkan dia, sampai-sampai kamu tidak menyadari bahwa nombor 7 itu tidak ada
(1) kamu kemudian mengecheck lagi tulisan di atas, dan sekarang tersnyum ya.

Thursday, July 29, 2010

Am7 Em Elodi

Musik itu kena ada liriknya, ada harmoninya, dan juga melodi.

Musik untuk filem, seperti tulang belakang. Sesebuah filem yang tidak diiringi musik pasti hambar. Adegan Jack dan Rose di atas Titanic perlu ada musiknya.

Musik untuk tidur. Orang sana kata lullaby. Ada suka dengar melodinya sahaja, ada yang kekasih bermain gitar untuknya.

Musik di kala sedih. Ini pon mesti ada, buat-buat naik semangat mahu sedih lebih lagi, kononnya.

Musik untuk pendapatan. Ada juga hasilkan wang dengan musik, menyanyi, menghasilkan lagu barangkali dan lain.

Musik untuk menari. Shuffle pon perlu music, ini pula ballad, tango, waka-waka dance dan lainnya. Mereka mesti diiringi musik.

Musik untuk popular. Macam Justin Bieber. Ada duit, promosi sikit, tarakhal, suara sedap tidak sedap, tetap musik.

Yang penting musik tak kenal rupa. First impression macama biasa, besar sikit, hidung lari sikit, tapi kalau suara ada, tarakhal. Musik tak kenal rupa.


Monday, July 26, 2010

Cubaan Masak

Ayam Lemak Asam Pedas. Memang naik.



Beberapa ketul ayam
4 biji bawang merah dipotong
3 biji bawang putih diketok
1 btg serai, atau separuh jika berjimat
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
Sedikit cili kering yg diblend
Secawan besar air kosong
garam dan gula (ikut rasa)
Kentang dipotong kotak
minyak masak
sedikit belacan jika makan belacan
Serbuk Kari India (Sedikit)
Santan

Bahan-bahan berikut perlu bagi menyedap rasa, tapi stock rumah tarak.

Kunyit
daun kesum
bunga kantan

Cara-cara menyediakannya.

Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk, masokkan cili kering blended, bawang merah, bawang putih, dan belacan. Tumiskan mereka sampai bau naik.
Kemudian masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
Kemudian masukkan santan, kentang kotak, kacau dan masukkan air. Biarkan mendidih.
Masukkan ayam, garam dan gula. Biar hingga masak ayam dan boleh lah dimakan.

Masakan ini sesuai dimakan bersama nasi putih sambil tengok cerita seram.

Sunday, July 25, 2010

Coke atau Pepsi?

Haha gelak jap excuse me. Smart iklan ni




Dua jenama besar, harga yang hampir sama, warna kulit tidak jauh berbeza, kedua-duanya sama glamour, boleh didapati di mana jua, tin dan botol juga mereka bersama, tetapi hanya rasa memisahkan mereka.

Kenapa awak pilih coke? sedap jawab mereka, kenapa awak pilih pepsi? zero calorie pula kata di sana. Rasa menjadi perkara utama, biru dan merah hanyalah warna dan kita pengguna, bijak, membuat keputusan mengikut hati dan cita rasa.

Di sini bertudung biru, sana pula rambut dihighlight merah, adakah mata pula menjadi hakim dan naik ke petak pertama?

Anda coke atau pepsi?

Saturday, July 24, 2010

Kisah Pemusik

Suatu hari, lima orang pemusik pergi berjamming di garage kepunyaan senior mereka.

Sang vocalist pon berkata "ok hari ni kita akan jamming lagu melayu, lagu perpisahan dari anuar zain.

Dengan muka bengang, sang drummer bersuara, "Kalau main lagu anuar zain, aku nak rolling ketuk2 apa? lagu jiwang sial".

Sang vocalist dengan tidak puas hati membalas, "Kau banyak bunyi kenapa, aku yang menyanyi, aku paling penting korang semua ikot ja."

Sambil tengah tuning gitar, sang bassist bangkit bersuara, "Banyak lar kau paling penting, kalau aku tak main bass ni, xperfect lar lagu anuar zain kau tu."

"Petuihh!" bunyi ludah kedengaran. Rupanya sang lead guitarist panas, beliau pula bersuara, "Kalau aku tak main gitar ni, hilang lar penting kau tu bassist, bunyi kosong!, xpayah nak bising2"

Sambil bertengkar2, Sang keyboardist berjalan keluar kerna tidak mahu masok campor. "Woi2 kau nak pergi mana, sapa nak main keyboard ni nanti?" teriak sang vocalist kembali.

"Hah tahu pon, ingat korang je penting tadi, aku pon nak blah la." kata sang keyboardist dengan muka emo beliau.

Untuk nak tenangkan keadaan, sang drummer yang baik, boleh tahan bergayanya, cool, cuba memujuk rakan-rakan beliau. "Ok2, aku setuju la yang semua penting, xde vocalist xde suara, xde guitar xde la melodi, semua penting ok?"

Sambil mengenggam mic yang sudah sedia patah, sang vocalist meninggikan suara, "Ahh xde2, dalam semua band vocalist dia paling penting, paling famous, apa salahnya anuar zain ni, layan je."

Sang keyboardist yang tenang tadi mula emo dan tinggikan suara, bassist xnak kalah juga dan defend gitar dia sambil tuning, gaduh2 mereka dalam 5 minit.

Kemudian pintu garage dibuka dan tuan rumah masok dengan tenang. "Korang memekak apa dalam garage aku ni, bising2 sampai dalam aku dengar.", kata tuan rumah dengan muka slumber beliau. "Kalau nak memekak korang boleh blah."

Sang vocalist yang sememangnya banyak suara mula bersuara, "bukan apa bang, tadi diorang ni...", "hah dah2 xyah nak banyak bunyi lagi, sekarang korang semua blah, memekak je aku nak rehat pon xboleh", kata tuan rumah yang agak panas tersebut.

Maka kelima2 pemusik tersebut pon keluar membawa kepentingan masing.

Tuan rumah tutup garage dan bermonolog dalam hati, "penting xpenting, ini rumah aku, jangan nak berlagak tinggi mcam diorang yang punya, penumpang je tapi berlagak."

Ye mereka, kita, hanya penumpang. Kadang2 terlupa naik kepala..