Saturday, July 24, 2010

Kisah Pemusik

Suatu hari, lima orang pemusik pergi berjamming di garage kepunyaan senior mereka.

Sang vocalist pon berkata "ok hari ni kita akan jamming lagu melayu, lagu perpisahan dari anuar zain.

Dengan muka bengang, sang drummer bersuara, "Kalau main lagu anuar zain, aku nak rolling ketuk2 apa? lagu jiwang sial".

Sang vocalist dengan tidak puas hati membalas, "Kau banyak bunyi kenapa, aku yang menyanyi, aku paling penting korang semua ikot ja."

Sambil tengah tuning gitar, sang bassist bangkit bersuara, "Banyak lar kau paling penting, kalau aku tak main bass ni, xperfect lar lagu anuar zain kau tu."

"Petuihh!" bunyi ludah kedengaran. Rupanya sang lead guitarist panas, beliau pula bersuara, "Kalau aku tak main gitar ni, hilang lar penting kau tu bassist, bunyi kosong!, xpayah nak bising2"

Sambil bertengkar2, Sang keyboardist berjalan keluar kerna tidak mahu masok campor. "Woi2 kau nak pergi mana, sapa nak main keyboard ni nanti?" teriak sang vocalist kembali.

"Hah tahu pon, ingat korang je penting tadi, aku pon nak blah la." kata sang keyboardist dengan muka emo beliau.

Untuk nak tenangkan keadaan, sang drummer yang baik, boleh tahan bergayanya, cool, cuba memujuk rakan-rakan beliau. "Ok2, aku setuju la yang semua penting, xde vocalist xde suara, xde guitar xde la melodi, semua penting ok?"

Sambil mengenggam mic yang sudah sedia patah, sang vocalist meninggikan suara, "Ahh xde2, dalam semua band vocalist dia paling penting, paling famous, apa salahnya anuar zain ni, layan je."

Sang keyboardist yang tenang tadi mula emo dan tinggikan suara, bassist xnak kalah juga dan defend gitar dia sambil tuning, gaduh2 mereka dalam 5 minit.

Kemudian pintu garage dibuka dan tuan rumah masok dengan tenang. "Korang memekak apa dalam garage aku ni, bising2 sampai dalam aku dengar.", kata tuan rumah dengan muka slumber beliau. "Kalau nak memekak korang boleh blah."

Sang vocalist yang sememangnya banyak suara mula bersuara, "bukan apa bang, tadi diorang ni...", "hah dah2 xyah nak banyak bunyi lagi, sekarang korang semua blah, memekak je aku nak rehat pon xboleh", kata tuan rumah yang agak panas tersebut.

Maka kelima2 pemusik tersebut pon keluar membawa kepentingan masing.

Tuan rumah tutup garage dan bermonolog dalam hati, "penting xpenting, ini rumah aku, jangan nak berlagak tinggi mcam diorang yang punya, penumpang je tapi berlagak."

Ye mereka, kita, hanya penumpang. Kadang2 terlupa naik kepala..

2 comments: