Saturday, July 24, 2010

Kentut


Definisi : Kentut merupakan situasi di mana dengan sengaja atau tidak sengajanya seseorang itu melepaskan gas yang kita sendiri pasti tahu dari mana keluarnya.

Tafsiran lain : Ada yang mengketegorikannya sebagai suatu bentuk kesalahan di sisi etika sekiranya tidak dapat dikawal, ada mengketegorikannya sebagai satu bentuk pencemaran di mana gas tersebut telah mencabuli linkungan pernafasan seseorang dan etc.

Kandungan : Nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen dan juga makanan seperti petai, telur scramble, telur goreng, telur rebus dan lain-lain.

Lokasi kejadian:
Cinta mengenal paras rupa, tapi kentut tidak, malah tidak mengenal lansung lokasi dia dilepaskan. Boleh sahaja berlaku di dalam kelas, di dalam panggung, di kantin malah di dalam bas yang sarat dengan penumpang.

Personaliti:

1. Kuat dan Berbau


Yang seperti ini memang lantang bersuara, yakin dengan diri sendiri, tidak peduli pandangan orang lain, merasakan dirinya betul, dan kadang-kadang mengulang dua tiga kali idea yang dirasakannya betul itu. Hakikatnya ramai yang di sekeliling tahu, hanya gah dengan bunyi, tetapi realiti hanya menyeksakan orang lain dan busuk sama sekali.

2. Perlahan dan lebih berbau.

Yang ini lebih bahaya, silent killer bak kata mereka di sana. Sedar tidak sedar, pengaruh dan aromanya telah meresapi diri seseorang yang lain. Kita tidak perasan, malah mungkin bergelak tawa sehingga kesan itu sampai di muka, atau batang hidung kita sendiri di akhirnya.

3. Perlahan dan tidak berbau.

Yang ini mungkin selalu berlaku, tapi hanya kita sendiri yang tahu. Senyum2 barang kali dan menggangap tiada apa yang berlaku. Dan di akhirnya ya memang tiada yang tahu, kerana kita takut bersuara,takut mencuba, takut barangkali orang tidak suka idea dan aromanya. Maka teruskanlah senyuman seorang diri.

4. Kuat dan tidak berbau.

Yang mungkin akan dipandang sinis oleh seseorang, dicerca, tetapi apalah salahnya jika kita jujur dengan mereka. Hanya meluah apa di dada, di bahagaian lain juga. Berani kerana benar, mengeluarkan apa yang wajar, dan barangkali orang tidak mengelar kerana realitinya mungkin kuat, tetapi tidak berbau.


Kenalilah kentut kita, kerna mungkin ia lebih dari sekadar pemutus ikatan sesuatu persahabatan.

4 comments:

  1. hahahahah! so u yang mana shah?

    ReplyDelete
  2. yang kuat, kadang berbau kdg2 tidak haha

    ReplyDelete
  3. *speechless* haha mendalam. genius sungguh

    ReplyDelete
  4. orang yg selalu kentut je faham dalam tak dalam maksud dia...haha :p

    ReplyDelete