Thursday, July 15, 2010

Shhh



Ada orang kata, cinta dan dicintai ibarat merasa mentari dari kedua timur dan barat.

Itu kata orang.

Ada yang tak bisa bercinta, kerana percaya cinta itu dusta, ada yang cinta tapi tidak dicintai, kerana cinta tidak pernah menjamin beli satu dapatnya dua. Ada juga diri dicintai tetapi pegangan diri menolaknya tepi.

DEWA kata "Aku Cinta Kau dan Dia", tetapi Cinta hanya perlu dua, seperti sepasang mata, seperti telinga mendengar dari keduanya, seperti kaki sentiasa langkah bersama.

Tetapi mengapa hanya sekeping hati yang kita punya?

Kerana pasangannya perlu kita jumpa.

Jangan bercinta seperti bunga, mekar dan mati musim silih berganti, jangan bercinta seperti api, kecil gembira besar runsing bahangnya.

Bercinta seperti angin, dingin sepoi-sepoi bahasa,seperti sungai terus mengalir selamanya.

Tetapi bercinta tidak mudah, merasa dengan hati perlu, bukan hanya melontar guna lidah. Bercinta tidak selalu indah, gelak tawa itu mesti, dugaan datang jangan diendah. Kerna bukanlah laut kalau tidak berombak.

Ini pula hanya kata dari dia, mungkin berbeza mengikut jiwa.

1 comment: